besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, March 23, 2016

Yaya & Friends

Setiap hari dah kalo hantar Yaya ke sekolah dalam hati ni selalu berdoa. Semoga Allah lindungi pinjaman Nya ni dari sebarang bahaya sebarang fitnah. Selalu mintak dengan Allah jadikan pinjaman Nya ni anak yang solehah dan mendengar kata.

Setiap hari doa yang sama. pesan kat Yaya. "Jangan susahkan cikgu-cikgu. Jangan lupa mengaji. jangan lupa solat" Walau mummy tahu kadang-kadang dia skip solat sebab dia mengantuk tengahari. Tiap-tiap hari tunggu kalo cikgu murah hati nak share aktiviti anak-anak kat sekolah.

Alhamdulillah. Aku syukur sangat cikgu-cikgu di Pasti Ar-Rahman ni sangat baik dan sporting. Suka update apa aktiviti anak-anak Pasti.

So aku sesaje nak share apa aktiviti dia kat sekolah. Ni gambar sebelum cuti sekolah seminggu yang lepas.

Tu haa seronok dia. Yaya memang suka kerja-kerja dapur. Lagi-lagi time aku uli tepung ke time daddy dia potong sayur mayur. Banyak kali dah ulang beli mainan masak-masak dia. tapi sayang selalu melayang sebab mummy sendiri yang terpijak. Aku kalo angin sebab mainan dia bersepah-sepah memang aku buang terus mainan dia. Kejam kan. yelah. kalo dah mummy je asik terpijak. lagi-lagi yang halus tu. Lama-lama dia sendiri tak mintak dah. kehkeh..


Gentel sayang jangan tak gentel. Dah macam chef dah dia.
Cita-cita nak jadi angkasawan. Gitu..
paham ke angkasawan tu amende??



Sejuk perut mak tengok kamoo nak. muka happy je bila kat sekolah. Cikgu-cikgu pun cakap dia senang bawak diri. Syukur! 

Takpe Yaya belajo masak dari sekarang. Sambung je legasi bisnes Mummy Daddy ni ye. Mummy daddy support je apa kamoo nak buat asalkan tak langgar syariah Islam. 

Masuk dalam kereta semangat je cerita "Mummy. Daddy. tadi kan yaya main uli-uli tepung sama kawan" Mummy pun excited tanya. Padahal dah tau dari awal lagi. Last ayat penutup dia "Nanti daddy buatkan topi dengan baju macam cikgu bagi pakai tu ek" Kekeke.... 


2 comments:

LYAfrina said...

alahai..comey dia..enjoy nmpak dia dgn xtvt tu

joeayu said...

Suke sangat dia ada xtvt kat sekolah..