Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, March 10, 2016

Throwback Dinner + Lunch DubuYo

Assalamualaikum. Sesaje nak throwback. Sebab tengah free. Baru kemas opis sikit2. Serabut semak mata pulak tengok. Walau dah berkalo kena perli. kehkeh. =P

Minggu lepas aku kursus 3 hari. Time tue pulak Yaya demam. Seminggu tak sekolah. So Daddy bermurah hati nak ambik cuti tolong jagakan Yaya. terima kasih Daddy. 3 hari pertama memang taknak bawak Yaya ke klinik. Fobia dah rasa tengok Yaya kena amik darah.


Ni pengalaman mummy paling sedih dalam membesarkan Yaya. yaya warded akhir Disember sebab suspected denggi. Sebenarnya test 2 kali pun masih negatif. Tapi bacaan platlet darah Yaya yang tak membantu. Yaya kena warded 3 hari 2 malam. dah macam pakej bercuti pulak. dalam masa sama Mummy pun dah demam. tapi gagahkan jugak diri untuk jaga Yaya. Daddy willing sangat untuk jaga tapi ngenangkan dalam ward yang sama ada ibu-ibu yang menjaga anak-anak yang kena warded. kita pun kena pikir ketakselesaan diorang jugak. 

Terngiang2 lagi dengar suara Yaya menjerit dalam bilik rawatan kat ward masa mula-mula warded. Doktor nak cucuk jarum tu ha yg kat tangan Yaya. menjerit-jerit dia. Parents tak boleh masuk sekali. aku dah gelisah kat luar. uwaa... Harap tahun-tahun mendatang ni Yaya dah tak sakit dah. Sihat-sihat sokmolah.

Back to nak cite asal. Jumaat lepas nampak Yaya dah semangat. Dah tak demam. Tunggu daddy balik kerja aku tak makan apa-apa lagi. Sebab makanan yang masak untuk order dah abis. Sengaja taknak masak. Cuma masak bubur untuk yaya. Aku ajak Daddy makan kat luar je. Daddy pulak memang tengah lapar. Kitorang ke IOI Mall. Memang nak pekena DubuYo. Hikhik. Memang pebret kitorang. Setakat ni korean food nie yang rasa teringat2 sokmo kat kepala ni. 

Order malam tu memang plan nak makan banyak. nak amik set. Lapo sangat. Hahaha.


Kitorang order yang set 3 4 orang tu. Tamakk sangaaat kan. Pedulik hape. Kitorang 3 orang jugak. Waiter yang biasa amik order kitorang tu banyak kali cek bil. betul ke order ni. Aku cakap "Betullah kitorang order tu" sambil gelak-gelak. Dia pun gelak-gelak.


Ni sebahagian je. Takde plak aku beria nak bangun berdiri nak snap gambo. Hahaha. 
In sha Allah licin. Tanpa ada pembaziran. kata lapo. 
bekas kosong tak sempat snap. Sebab Yaya masih selsema. Sekali bersin mengalir hingus pekat hijau dia. menggelabah Mummy nak mengelap. hahaha. 


No comments: