Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, March 23, 2016

Review Food: Restoran Gegey

Assalamualaikum...

Dah lama tak menaip. Terindu-rindu betul kat blog. Walau tahu takde sape yang nak baca blog picisan ni. This week sibuk yang amat. Keje lab macam i olls ni memang tak menentu. kadang kat opis. kadang kat lab. Kadang kat logi. Nak pakai cantik-cantik macam wanita bekerjaya lain macam tak berkesempatan. jeles i olss. tapi takpe. Tetap bersyukur sebab masih ada kudrat dan diberikan rezeki yang halal dan mudah-mudahan berkat. Amiiiinn...

Nak review satu kedai ( cafe atau restoran ) yang dah jadi viral kat FB sekarang. I olls dengan Mr daddy nih memang pantang kalo ada kedai makan best memang nak mencuba. tapi kena jenguk poket jugaklah. Dan yang ni in sha Allah affordable.

Lokasinya di Dengkil. Sila set kat waze korang Restoran Gegey. Located sebelah dengan D'boutique Hotel Dengkil.

kredit FB Restoran Gegey

Masa we olls pergi tu baru jam 4 petang. Tapiiii... dah beratur panjang. Meja semua penuh. So Mr daddy decide nak tapau saje. So kat sini ada air pilihan contohnya green tea, mocha, latte, vanilla, chocolate dan tea milk. Pilihan untuk topping dia atas boleh pilih ye. Satu gelas macam ni harganya RM9.90 per cup. Bagi aku oklah walau air dia tak banyak. Kihkih. Motip orang kuat makan minum macam aku bagi komen. Yang topping tu memang sedap. bagi aku harga dia tak mahal sangat sebab bahan-bahan yang diorang guna ni adalah barang ada jenama jugak. 

We olls beli 2 je. Asal nye nak jugak merasa pizza cheese meleleh dia. tapi belum ada lagi time tu. Oh ye. Restoran ni ada makanan jugak. nasi kerabu Gegey dan Nasi Kak wok Gegey. I olls tak rasa. Sebab I olls pun masak menu tu 2 minggu sekali. kehkeh.. 

We olls cuba air chocolate dan topping Oreo. ekceli untuk Yaya yang oreo tu. Then, air mocha with topping chocoholic. ohh. Aku dan chocolate sangat tidak bersekutu. I olls akur dengan anak dan suami. Depa dua sume nak coklat. Rasa dia. Sedap. jenuh aih nak korek topping dia. brownies dia sedap. Yang keliling tu boleh makan ye. Dia gam pakai planta. Sampai umah gigih aku kikir tepi tu. Kahkah.. Daddy cakap makan kat kedai tenyeh jugak ke? Aku jawab. Haruslah. Bayar ok. 


Ni view kat kaunter. segan sikit nak angkat phone nak snap gambo menu yang ada. hahahaha.panjang kot yang beratur belakang tu... So u olls yang berdekatan tu bolehlah cuba Restoran gegey ni. bagi yang nak bercanda makan makan sambil cuit-cuit. tak payahlah. tapau je. Kejam betul pesanan penaja. 

Maksudnya macam ni, masa aku pergi tu adalah 3 4 couple. Aku agak student kot. duk satu meja yang muat 4 orang tu hanya berdua. order air satu. Gf suap Bf. Bf suap Gf. Sweet sangatttt... Pastu kiki gelak-gelak. pastu datang family dengan ank yang 3 4 orang. Duk tengok je korang makan. yelah. mak bapak tengah beratur. Nak bagi duduk dulu pun meja kerusi semua penuh. Kesian diorang tau. Pastu sampai turn parents diorang meja dah penuh. Nak tapau air besar gedabak untuk anak sorang satu macam tak yakin je kan. Ce pikir macam mana parents ni nak solve prob. 

Dah aku balik rumah pun memikir-mikir camne nak solve problem ni. So u guys yang makan kedai ke restoran ke cafe ke hipster ke tak hipster ke consider sikit. I olls takleh tengok muka anak-anak kecewa tak dapat apa diorang nak. Kesian tau..

ishh. sampai ke tak pesanan penaja aku nih. sebenarnya lebih pada luahan perasaan. Berlaku depan mata aku. Bukan kat iolss.. yaya ok je. Belikan dia chocolate topping oreo. tapi dia bantai dua-dua. Reaksi mak bapak?? Rebut je dengan dia. Nak buat camne anak aku seronok rebut-rebut ngan mak bapak dia. kehkeh....


No comments: