besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, March 9, 2016

7th Anniversary

Aasalamualaikum....

Korang dah tengok gerhana matahari hari ni? Subhanallah. Aturan Allah itu sangat cantik kan. Tadi aku sempat tengok jugak melalui tinted kereta. Kehkeh. Takde lah nak berhenti tengah2 jalan kang tak memasal ada yg membontot pulak, So takdelah picture yang boleh disnap.

Semalam aku cuti. Sesaje. Gelenyar. Semalam kan 8 Mac. Our 7th annivesary. Tahun ni tak ke mana. Compared to tahun lepas we olls celebrate kat Cameron Highland.

Cerita tahun lepas. 6th annivesary. 

kali ke 2 ke cameron highland bersama demuk . time nielah takleh ajak reramai lagi. Nanti jadi isu lagi. Sekarang aku amik keputusan nak ke mana-mana tak payah beramai2 dah. macam-macam masalah akan timbul nanti. So nak pergi decide sendiri sudah... 

Anak dara nielah paling excited time tu sebab dapat pekena strawberry fresh. 1st time dia pergi dia tgh baby lagi. so tak makan buah. Berjalan pun kurang asik ebrkurung je kat apartment time baby tu. Kali ni dia bebas..

Yang ni sesangat lah priceless. Hikhik. Mr Daddy hadiahkan 6 kuntum sempena dengan 6 tahun perkahwinan... Gila mak tak seronok. Bangga habis. Aku pun update dalam FB... Tapi lepas tu tak tau nak buat ape dengan bunga tu bila balik rumah. nak makan pun tak boleh kan. Samapi kering mati bunga tu simpan.

Tapi kan.. geram dengan orang tu. Boleh pulak ambik gmbo bunga tu wat jadi bahan dalam whatsapp group opis depa. Sorry. Aku dengan Mr daddy memang takde privacy ape pun dalam phone. Mr Daddy akan cerita dan siap tunjuk lagi. tapi dia cool. aku pun buat2 cool. Boleh dibuat lawak lucah wei bunga cenggini. Adooiii...Sabo jelah...

Dan untuk tahun yang ketujuh ni takde mende lain aku nak ucap dalam hati di bibir ni SYUKUR Alhamdulillah. 7 tahun hidup bersama. Suka duka air mata senyum tawa semua dah tempuh bersama. Terima kasih ya Allah... Kerana dikurniakan suami yang baik dan sangat bersabar dengan karenah diri ni...

Sepatutnya, kitorang ke Pulau Tioman on 5 Mac tu Tapi atas nasihat BFF aku yang sekarang mengajar di Pulau Tioman kitorang terpaksa batalkan plan tu atas sebab cuaca yang tak mengizinkan. Katanya sekarang di sana angin agak kencang dan laut bergelora. Kitorang risau pada anak-anak yang ikutlah. So, terpaksa cancel. Aku dan Mr Daddy tukar plan lain untuk kitorang sekeluarga.. 

So, celebrate kat Bangi jelah. Sebenarnye kitorang tengah simpan duit untuk ke temapt idaman hati. hehehe. So bertabahlah sekarang tak berjalan ke mana-mana. Saboo...

So, Mr daddy mintak aku amik cuti. Kitorang dating berdua je. Since Yaya pun sekolah. Kalo dia duduk dengan pengasuh aku rasa memang Mr daddy akan angkut sekali je Yaya. Tapi sebelum tu yaya tak sekolah sebab demam. Nasib bukan denggi. Fobia dah mak Yaya asik kena amik darah je.

Kesian dia, Tunggu turn untuk amik darah. 

So, lepas anto order makanan. Singgah Unikeb teringin nak makan tart cheese blueberry.

 Mendapat jugak makan. ganti kek.  Cehceh...

Pastu balik rumah makan-makan. Kemas-kemas rumah. Cuci-cuci baju. keluar rumah pun dah pukul 12 lebih. Ke Me'nate Steak Hub House Cawangan Bangi. Hikhik. Teringin sangat nak makan steak kat sini. Dah famous sangat. Teringin jugak. Lagi-lagi special day camni. Mr daddy pun ikutkan je nafsu serakah puan bini.





Sini menu dia. 

Tapi aku tak paham gak menu ni apa maksud dia. Senang cite aku bangun pegi kat peti pilih. Hahaha. Malas nak bersoal jawab ngan adik tu... 

 Aku pilih lamb leg bone.

Mr daddy punya lamb rack. 

oh kitorang memang pebret kalo bab makan kambing. Memang puas hati makan sini. Mr daddy memang puji abis-abisan. Daging dia tak berbau and manis lain macam. Aku cakap kat Mr Daddy ke sebab mahal sebab tu jadi manis lain amcam. Dia cakap tak. Serius sedap. yess. Aku berjaya. Mula tu Daddy agak cuak jugak nak pergi sini. tapi aku yakinkan jugak kat dia yang kita makan less than RM100. Dan memang betul kurang dari RM100. Air free flow. Just pilih daging mana kte nak. pilih cara masak kita nak. Pilih sos kita nak. Duduk. Nak tambah ape-ape panggil waiter kat situ. Pastu bangun duduk pun sebab ulang-ulang ambik air free flow. 

 Kitorang pilih medium well. Jangan risau isi nya masak. Portion dia besar. mula nya aku ingat aku amik yang murah mesti sikit kan. Aku pun siap boleh transfer kat Mr daddy lagi. Oh. aku ni big eater. tapi kalo tahap boleh transfer-transfer makanan tu korang rasa?? Sampai part tulang tu aku takde dah nak guna pisau garpu bagai. Tibai ngan tangan. daddy pun sama. Gasaklah. Baru feel kan. Jangan risau sinki untuk basuh tangan ada. hehehe


Dah kenyang makan. Air pun dah 7 8 kali ulang ambik. Masa untuk membayar. 
See. Below 100 pun mampu makan. Daddy asik ulang cakpa je nak datang lagi nanti. Harus nak bawak anak dara dia kan. Time makan tadi pun asik duk tengok emnu. Duk plan menu ape sesuai untuk anak dara dia kan. mithali sangat! errkkk.. 


perut dah kenyang terus ke Alamanda. Berlari cari wayang. gile ah. 4 tahun dah tak tengok wayang. Last tengok masa sarat pregnant kan Yaya. Boleh pulak aku menggagau cari wayang dalam Alamanda tu. Seingat aku dulu bertentang dengan bowling centre tu. Nape dah takde wayang dalam ni. Ada Hey sushi tu. aku wassap Elly ngan Bibi. Bibi suruh keluar kat pintu tu belah kiri katenye. hahaha. Serius rasa macam tua sangat diri ni. hello, belum 3 series ok. Hahaha..

Kitorang tengok Munafik. Itu je yang boleh tengok. aku memang pesen tak layan movie hollywood. takkan nak tengok Boboiboy plak kan?? Serius stress tengok Munafik tu. Buat aku fitnah abis watak dalam cite tu. kehkeh... Sepanjang cite asik nyelit kat ketiak Mr daddy je. Tak takut hantu cuma banyak sgt scene terkejut2 dia... Overall oklah. 

Apa-apa pun aku hepi sangat. Sebelum ni kalo nak berdating berdua rasa bersalah sangat. yelah. Anak kita duduk ngan pengasuh kita sesuka je keluar dating. Mr daddy adalah jenis ayah yang sangat pikir anak dulu. Sepanjang dating pun asik pikir anak je.

"kalo ada Yaya ni emsti dia suke:"
"kalo ada Yaya ni mesti Yaya nak yang ni kan?"

Ok fine.

Happy annivesary suamiku. Semoga kita terus kekal hingga ke jannah.
terima kasih diri ini yang semakin tua semakin tak cantik semakin cikedut semakin banyak membebel yang sealiran dengan usia. terima kasih sebab banyak bersabar, banyak berusaha untuk improve hidup kita, terima kasih untuk jadi suami yang baik dan daddy yang baik. 

Thanx for everything.




2 comments:

fiza saiza said...

Happy Belated Anniversary for both of u.. Semoga korang berbahagia till Jannah... Amin....

joeayu said...

Amiiinnn... Tq dear..