Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, February 16, 2016

Aalya Little Kitchen

Dengan lafaz Bismillah.....

Antara salah satu sebab kenapa aku agak sibuk dan tak sempat nak update media social kecuali FB adalah sebab ni.


Alhamdulillah cita-cita aku nak jadi bisneswomen partime telah dimakbulkan. Jangan risau. Aku masih lagi masih bekerja dan menjalankan kerja hakiki. Bisnes ni adalah part time aku dan laki. Kami lah owner kamilah pekerja kamilah runner kamilah chef  kamilah marketing manager. Kekeke.. Syukur sangat.


Alhamdulillah selamat didaftarkan bawah SSM. 2015 baru register bila betul-betul yakin.

Aalya Little Kitchen menyediakan khidmat mini catering. Mini yer.. Bukan katering besar-besaran. Setakat ni paling besar aku dan mr Daddy provide untuk majlis harijadi. Alhamdulillah rezeki atas kepercayaan. Selain tu kami terima jugak tempahan untuk mesyuarat atau jamuan segala jenis majlis. Tapi untuk pax yang tak ramai lah. Untuk kenduri kendara in sha Allah dalam usaha untuk kembangkan bisnes.

Untuk daily jugak kami ada sediakan khidmat sediakan sarapan untuk pejabat. Asalnya aku sediakan untuk pejabat aku je. Alhamdulillah berkembang ke tempat lain. Syukurr...

Kami bermula sejak 2014 lagi. See. Bermula dengan nasi lemak 10 bungkus. Seriously. Ini bukan mudah. Alhamdulillah mendapat sambutan dan sokongan dari boss-boss. oh ye. kalo uolls nak tahu dekat opis aku takde cafe atau kantin. Kalo uolls nak makan kena menapak atau kena naik transport untuk ke kedai makan. Agak jauh kalo jalan kaki. hehehe. paling aku kesian kalo ada intern student sini yang takde transport. terpaksa menahan lapar atau berbekal. Aku pun ajak kawan opis untuk jual-jual ni..

Lama-lama dapat sambutan sampai tahap dapat tempahan untuk meeting dan jamuan. Uolls rasa?? Opkos lah teruja kan.. Aku pun discuss ngan Mr Daddy nak perbanyakkan menu lagi.

Antara menu yang ada di Aalya Little Kitchen. Sori gambar semua ambik dari FB. teruk betul marketing kan?? kehkeh.... 









Aalya Little Kitchen menerima tempahan di kawasan Bangi, Dengkil, Nilai, Kajang, Putrajaya dan Cyberjaya.


Sekarang dalam pertimbangan untuk bisnes frozen. Memandangkan ada permintaan. In sha Allah semoga kami dipermudahkan.. Amiinnnn..

2 comments:

amie falah said...

Bestkan kalau pandai masak...boleh tambah pendapatan.

joeayu said...

Alhamdulillah.. Heehehehe.