besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, February 15, 2016

Entry pertama 2016

Assalamualaikum... Ya Allah. Lama sangat tinggalkan dunia blogging. bila tengok balik dah setahun lebih tinggalkan blog ni. Rindu nak bercerita macam dolu-dulu. Rindu pada masa lapang macam dulu-dulu. Rindu semuanya....

Alhamdulillah... Semua keadaan baik-baik. Bahagia dengan kehidupan di samping suami tersayang dan permata hati yang sorang tu. Bersyukur dipanjangkan umur untuk terus beribadat di muka bumi Allah.... Semoga amalan kita semua diterima.

Tak tau nak mukadimah macam mana. Macam-macam nak cerita. Walau tahu takde sape yang berminat nak baca. Uhuhu. tapi anggap ni sebagai diari kehidupan kami sekeluarga.

 Saranghaeyo~~

First sekali nak cerita pasal anak dara kesayangan hamba tu. Alhamdulillah makin membesar makin bijak makin banyak akal. Tahun ni dah 4 tahun. Dah sekolah pun dia. sekejap je masa berlalu. Mummy daddy pun dah nak cecah 3 series tahun ni.


First day sekolah cikgu anto gambo dia camni. 
Hati mak ni sebak sangat. Tengok anak macam dah besar.
Di hari pertama Cikgu cakap "Aalya dah pandai berdikari. Dia pandai bawak diri"

Serius. Aku sebak kat opis. 

Hari kedua cikgu send gambar lagi dengan caption
"Aalya solat zohor. Dia sorang je umur 4 tahun yang nak solat"
Allahu.... Menangis lagi mak ni nak oiii.. Sejuk perut ni lahirkan kamu....

Tapi..... kat rumah dialah paling hebat. Berbahas dengan mummy. Ada je akal dia nak suruh mummy daddy marah. Ada je bahan dia nak bagi mummy daddy semput melayan karenah nya. tapi mummy daddy tetap happy walaupun awak selalu kena marah kan.. kesian dia...... Bila awak kat sekolah mummy daddy rindu kat awak...

Bersama kawan baik dia Husna. 
Time ni dah mula excited nak pergi sekolah. 
Alhamdulillah hingga saat ini takde masalha Yaya nangis-nangis taknak pergi sekolah.
Setakat menangis nak bangun pagi tu jelah. part tu daddy mummy kena bertabah. uhuk uhuk..

Nanti nak sambung lagi.......

2 comments:

natasha said...

finally...ko update gak blog,haha

joeayu said...

Hahaha. Berabad wei...