Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, February 28, 2014

Stew Kimchi

BAru setelkan satu kerja. Banyaknye gambar tertunggak dalam kamera. Cuba untuk update satu persatu. Sementara tengah tunggu pegawai atau student datang ambik data. ginilah kerja aku. Run sampel. sekarang lagilah bertambah alat kena handle. Kena bahagikan masa.

Ok. back to topic. HAri tu ingat tak aku ada share satu gambar kimchi. Itu homemade kimchi aku. Sekarang kan Mr Daddy sangat addicted dengan kimchi. Atau perkataan lain makanan korea. Plan nak ke Sweetree Restaurant tu. Dengar cerita makanan korea situ halal ek. Nak jugak cuba.


Now nak cite bulan lepas aku peramkan kimchi tu. Resipinya aku rasa senang. Sebelum ini aku ada buat tapi tak upload pun seab tak sempat. Sebelum ni aku buat dia macam basah sikit sebab ikut cara tambah tepung pulut masak tu. Mr Daddy kan jenis explore. Dia tengok real korean buat kering punya. Dia suruh aku buat cenggitu pulak. So nak share resepi Kimchi dulu.

KIMCHI

Bahan-bahan

1biji kobis panjang ~ digaul dengan garam dan biarkan sehingga 4-5 jam. Kemudian dibilas.
Sebatang carrot ~ disagat halus memanjang
Sepokok daun batang. ~ Dipotong

kimchi paste:
1/2 labu bawang putih ~ dikupas dan sagat - aku blend je.
1 labu bawang besar ~ blend
4 sudu serbuk cili (BABAS) ~ mengikut kepedasan sendiri
2 sudu sos ikan
Sedikit gula. 

CAra kimchi paste tu aku blend semua. Pastu masuk ke dalam bekas sayur-sayur tu. 
Terpulang. Jika mahu panjang salutkan. Kalo rajin potong kecik-kecik. Gaulkan. Macam orang korean buat tu. Hehehe... Pastu peram. Kalo nak peram lagi masam letak je luar peti.

Rasa kimchi masam-masam tengik. Boleh guna perkataan tengik?? Hehehe. tengik sebab bau bawang putih kuat. Daun bawang lagi tambah bau. Tapi Mr Daddy cakap sedap. aku pun tak tahu sedap ikut mana. Sebab aku bukan penggemar sayur tegar... 

Lepas agak-agak kimchi tu nampak mengiurkan Mr daddy request pulak buat stew kimchi. macam geng Running Man selalu dok buat. bukan Running Man je, 2 Days 1 night pun buat. So, google jugak aku ni mencari. Dapat cari kat maangchi. 


Ni stew kimchi. Aku hanya tambah tauhu dan serbuk cili untuk tambah pedas. 





Ni daging goreng garing pedas. Resepi nya aku dah lupa amibik kat mana. Nanti aku kredit kan semula ye.. Serius sedap....



Tu dia semangat anak aku nak makan pakai chopstick. Gigih tu. Hehehe. Takpe. Mummy dah belikan chopstick untuk budak punya. 



1 comment:

Unknown said...

Wahh, hebatnya resipi ni. Satu hari nak cubalah