Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, September 4, 2012

Pindah Rumah

Gggrrr... Entry geram. Geram pada si gila depan rumah. Kerana kau hidup kami tak tenang. Huh~~ Sebelum ni dah banyak sabar dengan karenah gila dia tu. Dari duduk rumah sorang-sorang aku ni, sampai Mr J dah pindah sini. tak berkesudahan masalah dia ni. Oleh sebab aku ni hanya penyewa kami tak dapat bertindak apa dah. Bila dah ada Yaya ni aku jadi makin takut dan risau. Kami taknak menyesal. Lagi lama bertahan lagi melampau perangainya. 

Paling terbaru dan terburuk, malam selepas merdeka si gila tu mengamuk sambil pecahkan almari rumah dia kot. bising gila. Dengan bunyi kaca pecah. Aku pikir dia pecahkan tingkap rumah orang. Kebetulan Yaya menangis lapar. Aku terus mintak Mr J pindahkan buaian yaya masuk bilik sebelah. Mr J cuba berani tengok apa berlaku. Rupa-rupanya dia heret almari yang dipecahkan tadi atas jalan sepanjang-panjang parking tu sambil bawak parang. Ggggrrr.. Memang menakutkanlah. Hati aku cuma berdoa supaya Allah selamatkan kami dan semua penduduk kat situ. Lama jugak baru polis sampai. Aku ingat selamat dah kena tangkap. Tak jugak.

Tak boleh salahkan polis jugak sebab dia tak cederakan orang. Tapi dia membahayakan orang dan telah mengganggu ketenteraman awam. At last, Mr J abis sabar.. Dia suruh aku mintak Kuarters Sri MINT, Nuklear Malaysia punya. Pikir punye pikir akhirnya kami nekad jugak mahu pindah. Untuk keselamatan. Kami taknak menyesal. Sampai bila. Kita tak boleh halau si gila tu sebab tu rumah milik bapak dia yang jugak gila dan mati. 

Dan hari ni separuh hari aku ushar kuarters. akhirnya kami dah buat keputusan. Esok Mr J akan memulakan kerja-kerja pembaikian mana yang patut. Lusa Mr J amik cuit untuk basuh rumah dan cat-cat dinding. Dah siap semua baru masuk rumah. Ya Allah~~ Permudahkan urusan kami. Amin~~

3 comments:

PutriesNoora said...

scary giler!!insyaAllah..pindah cepat k..

joeayu said...

ok dear. thanx~~

imah said...

Salam
Betul la tindakan awak.. soal nak lebih selesa akan datang boleh uruskan. yang penting cari selamat terlebih dahulu.