Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, September 7, 2011

Pasal bermaaf-bermaafan...

cerita pasal raya lagi. hehehe.. sila jangan jemu...hehehe.. duk godek-godekgambar kawan-kawan sedara mara dalam FB kan. suke tengok gambar suami isteri sedang bersalam bermaaf-maafan... hehehe.. gambar sendiri?? mestilah tak ada. suke tengok orang punye je...

sebab aku kan kalau pagi raya liat sangat nak salam. bukan taknak mengakui kesilapan sendiri. tapi takut nangis.... uhuhu.. sedar diri banyak salah kan...paling susah sekali aku nak salam ngan mak lah. sebab banyak dosa ngan mak.. biasalah anak nakal.. hehehe...

dengan Mr J pun, selama 3 kali beraya bersama.. aku tak pernah bersalam mintak ampun depan khalayak ramai. mesti dah bermaafan dalam bilik. biasa malam raya sebelum tido tu dah mintak ampun.. pagi-pagi sebelum Mr J pergi sembahyang raya dah bermaaf-maafan dulu. opkos takde gambar. keluar bilik je mesti mata merah-merah. 

raya baru ni. dah bermaafan ngan semua. pergi beraya umah tok lagi best... sampai je melulu pergi makan dulu.. hehehe.. cucu degil kan. tak salam sape-sape lagi nih... sebab tok saya masak sedap.. tengah-tengah makan orang dah buat announcement ada sesi bermaaf-maafan. beraturlah kitorang ni panjang-panjang.. ikut kelas ok. mula-mula anak-anak tok tu means mak sedara pak sedara. tapi dah starting pun tok dah buat drama. aku takleh blah dah. dah nangis-nangis ni aku takut aku yang menangis. aku keluar line tu. kebetulan maklong sampai. sambut maklong dulu. masuk Q balik. Tok drama lagi. aduss.. jahat kan aku. 

nasib baik maklong potong Q. so, aku boleh makan kuih dulu sementara nak tunggu turn aku sampai. dah nampak line macam nak clear. turn aku sampai. cium tangan tok. mintak maap ampun bagai. cium tok. tok pun cakap. "tok mintak maaflah sume-sumenye" uwaaa.. aku nak nangis.... sempat bergenang air mata je. terus cover line pergi salam ngan maklong. kalo lama-lama lagi mesti nangis terus.. kan? sob sob....

ni je gambar part salam-salam yang ada.
uhuhu.. sedih betul..

2 comments:

dd dudu said...

oo begitu kesahnye. maklong ni x cite pulakkkk ada sesi bersalam2 maafan dan tok drama hehehe

joeayu said...

ada kisah lagi best. tak tau maklong cite ke tak. sepupu2 yg kecik beratur tunggu duit raya. mcm keretapi. nasib baik danish tak join. nenek sedara plak beratur bagi danish....