Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, February 25, 2011

Penatnya hari ni..

Salam semua. Salam Jumaat..

Fuh penatnya terasa hari ni. Macam berbalaoi je gaji dibayar semalam dengan kerja yang dilakukan hari ni.. hahaha... Dengan paginya bangun sakit kepala, batuk2, dah gosok gigi tu muntah2 pulak.. OOppss.. aku syak ini angin sahaja sebab ini sindrom biasa berlaku bila aku tak makan nasi semalamnya. Apa kaitannya kan? Tapi itulah yang berlaku. Memang betul aku tak makan semalam. Aku cume makan roti canai kosong double for breakfast, cereal and milk for lunch dan jugak mihun sup untuk makan malam.. See, no nasi dalam meal aku seharian. Biasalah aku kan orang kampung tak kena nasi sehari mana boleh. Tekak melayu.. hehe..

Dulu masa mula2 kahwin dengan Mr. J ni aku selalu jugak marahkan dia sebab Mr. J pumya tabiat hari2nya mesti makan ada nasi. kalau boleh pagi nasi, tengahari nasi, malam pun nasi. Biasalah bila dah kahwin, lifestyle pun berubahlah aku. Kalau zaman bujang zaman belajar dulu2 time sengkek2 boleh je bedal roti hari2, cereal tu makan tanpa susu, kadang2 duk hadap mamee monster ni. Bila dah terbiasa macam tu macam takleh terima perubahan dah.. Padahal hujung minggu je serve Mr. J masak nasi.. Tapi sekarang ni aku pun dah ter`wajib' sekali makan nasi. Pendek kata, kalau tak pekena nasi esok siaplah jiran2 aku duk dengar aku uwek2.. hehe..

Sebenarnya tiap2 hari aku bawak bekal datang kerja.. Mula2 tu cam malas je nak masak sendiri, tapi bila dah terbiasa aku bangun pukul 5.45 pagi, masak bekal untuk lunch. For breakfast aku akan makan roti ke biskut ke cereal ke. Bukan jaga kesihatan pun. Cuma macam lebih seronok keadaan macam tu. Tapi effectnya memang menjimatkan. Tapi semalam punya cerita. Alkisahnya kan gomen dah gaji.. hehe.. Kalau orang lain dah gaji berduyun2 ke supermarket. Kalau kat Bangi ni, Warta ada, Kompleks PKNS ada> Kalau nak best cikit lagi rajin nak drive, pergilah Alamanda. Tapi semalam masing2 ada hal, aku duk sorang2 je dalam bilik. Sambil2 tu leh blogwalking kat blog2 orang lain. Tabiat aku, kalau takde kawan aku sanggup tak keluar. So, duduk je kat ofis sambil mengadap cereal dan susu. Sebenarnya semalam berangan nak makan ni.. hehe.... tengoklah kat bawah..

                                                   Hehe.. Ada kena cepuk kang...
                                                                 
                                                     dan ini juga....

                                                          nyum nyum nyum.....   

Em.. Kan best kalau dulu mak saya besarkan saya besarkan saya dengan makanan ni... Mesti saya bertambah belon.... Sekarang pun dah belon... Hahaha....   

Alhamdulillah, Mr. J pun dah dalam perjalanan ke Bangi, bersama akar-akar kayu yang dikirim.. Wah gitu.. Mr. J dah jadi mas joko kerjanya jual ubat.. Hahaha... Nak pergi mana ek weekend ni.. Kat tempat aku ada pulak yang nak mendaftar masuk tuisyen kat rumah.. Aku pun dah pening nak susun jadual. Yang ada nak belajarnya budak darjah 1, 2, 3. Budak UPSR. Ada jugak yang request nak suruh ajar 4 subjek tough Sains Tulen. Mak aih. Yang ni memang aku kena slow talk memang aku tak berani nak ambik. Tak yakinlah aku nak ajar. Result aku pun tak seberapa... Lagipun Mr. J planning nak duk rehat je kat umah. Katanya dia kesian tengok aku penat. Dia pun penat sebab semalam Ketua Pengarah dia datang melawat ofis dia. Macam2 persediaan diorang kena buat untuk menyambut kedatangan beliau..

Badan rasa penat sangat hari ni.. Kalau dapat pergi spa kan best.. Hehe.. Tapi apalah sangat kemampuan yang aku ada... Hehe....Oklah.. Dah nak rehat. Aku pun nak rehat. Bye2...


No comments: