Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, February 23, 2011

Nak bercerita lagi...

Semalam dah bercerita.. hari ni nak bercerita lagi.. hehe.. mungkin semalam tak cukup maklumat pasal aku... ada yang tahu ada yang tak tahu... Aku berasal dari Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang. Ala..yang glamour dengan ikan bakar pesisir pantai ngan keropok lekor tu.. kenal?? kalau kenal bagus.. Senang nak cite panjang.. hehe.. Dulu aku duduk kawasan setinggan hujung tanjung tu..Aku memang dilahirkan kat situ..Mak aku cakap ada peristiwa masa nak lahirkan aku dulu.. nanti post lain aku cite..

Tanjung Lumpur ni memberi aku seribu kenangan.. Kenangan bergelar kanak-kanak.. Aku sempat tinggal kat umah setinggan tu sampai umur 7tahun.. Seronok tak terkata.. Duduk di hujung tanjung ni seronok time malam2.. Kalau air pasang tu moment paling best untuk aku kenang...Sebab time air pasang tu kitorang siap boleh memancing lagi.. Nak mandi? sorilah.. memang mak ayah tak bagilah.. Sebab air kat situ bukan air pantai yang bersih.. Semua air yang bercampur lumpur dan yang paling penting bercampur t**k... Seronok kah itu? Biasalah dulu toilet setinggan ni mana nak ada yg setiap rumah ada satu toilet.. Dulu kat kawasan tu toilet dikira macam public toilet. Dahlah public toilet,  tergantung pulak tu.. Cube bayangkan? Aku memang tak sempatlah nak amik gambar... Masa tu tak mampu nak ada kamera... uhuhu...~panjang pulak cite pasal jamban ni...

Umur aku 7 tahun mak ayah pindah rumah kat Kg. Peramu. Atas sikit je dari Tanjung Lumpur, tak jauh sangatlah.. Walaupun dah pindah aku masih lagi bersekolah di SK Tanjung Lumpur.. Sekolah menengah pun di Tanjung Lumpur.. Mau tak sebati jiwa aku dengan Tanjung Lumpur ni... hehe... Tapi bila aku habis SPM aku dapat rezeki melanjutkan ke Kolej Matrikulasi Pahang, kat Gambang tu...Macam2 suka duka aku tempuh masa belajar matrikulasi.. First thing aku belajar erti persahabatan dan keikhlasan kat Matrik nielah...

Lupakan yang pahit itu.. uhuhu.. Habis matrik aku dapat sambung first degree di Universiti Malaysia Terengganu ( dulu surat offer dikenali KUSTEM). Masa aku dah second year baru nama ditukarkan menjadi UMT.. Masa tukar nama tu aku ada cerita kelakar.. Memang time tu aku jahat giler kenakan mak aku... nanti2 aku cite.. Tapi ampunkan aku mak....

Aku graduate UMT tahun 2008, serentak itu aku dapat offer keje kat Agensi Nuklear Malaysia ni. Masa dapat offer tu ekceli final exam aku tak abis lagi.. Tesis pun tak siap lagi. Tapi aku ni bukan org senang. Aku apply keje pun pakai result SPM. So dapatlah post Pembantu Makmal. Tapi bersyukurlah ada jugak rezeki untuk aku dan mak.. Aku niat nak keje untuk bantu mak dengan Along aku.. Diorang banyak berkorban untuk kami sekeluarga... Masa first month tu sakit jugaklah berulang alik Bangi- Kuala Terengganu nak selesaikan tesis... Terseksa gak.. Dahlah gaji tak dapat lagi..

Mac 2009 aku pun kahwin.. Di usia 22 tahun 6 bulan aku menrima nikah Mr. J.. hahaha... 4 tahun bercinta tuh.. Jangan tunggu lama-lama.. Hehe.. walaupun dah tau risiko berjauhan kami teruskan jugak. Sebab tu kitorang kena redha dengan ujian Allah.. Sebab ini pilihan kami. Tapi aku tetap bersyukur.. walaupun berjauhan tapi tak jauh sangat.. Cume Bangi-Kuantan.4 jam perjalanan. Tapi untuk kami yang berpendapatan rendah ni agak terasa sikit dari segi kewangan.. Mungkin ini hikmah kenapa kami belum dikurniakan baby... Hanya Allah yang tahu... Mungkin keadaan belum stabil...

Tapi Allah Maha Penyayang, walaupun aku berjauhan, mungkin rezeki tahun 2011 ni aku dapat tawaran mengajar tuisyen di Pusat Tuisyen Ilham Pintar. Oleh kerana aku ni dulu nak sangat jadi cikgu, mungkin ini salah satu cara untuk bergelar Guru. hehe.. Tapi Alhamdulillah pelajar2 dan masa aku mengajar sangat fleksibel. Bayangkan aku hanya mengajar 4 jam pada weekend minggu pertama dan ketiga. So, weekend kedua dan keempat adalah peluang untuk Mr. J datang ke Bangi...

Jadinya sekarang aku menyewa rumah sendirian, nasib baik sekarang ada jugak kawan yang sudi teman.. untuk weekdays adalah jugak kawan... Bila weekend aku balik ke Kuantan.. Advantagenya bila berjauhan ni aku pun dapatlah jenguk keluarga sekali.. Alhamdulillah kedua2 keluarga ada kat Kuantan.. So, I'll try to be fair and square...

Aku nak cite pasal famili aku pulak.. Aku asalnya ada 6 orang adik beradik.. Tapi kuasa Allah adik beradik aku tinggal 3 orang je yakni 2 adik lelaki dan abang no 2 aku telah menhadap Allah. So, yang tinggal sekarang Along, aku ngan adik aku, Fatin yang baru abis SPM. Sunyi tu takyah cakaplah sebab dulu ramai je adik beradik.. Sekarang kalau balik kampung 3 beradik je.. Kami je penguat mak. Actually mak ayah aku dah berpisah masa aku tengah belajar kat UMT. Mungkin tiada jodoh antara mereka. Kami redha. Sebagai anak2 apa pun berlaku pada diorg, diaorang tetap mak ayah kami.. Kami cuba untuk sedaya upaya untuk membalas jasa kedua2nya... Kami sayang mak... Layan gambar2 di bawah ni...




Ni gambar masa wedding aku. Baju merah tu arwah abang aku yang meninggal lepas 2 bulan aku kahwin.


Oh ni gambar post wedding. Sebab tak puas hati masa kahwin takde OP.



No comments: