Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, February 24, 2011

Saya rindu mak.

Salam.. terasa addicted pulak nak taip blog.. Takpe2.. Sambil2  tunggu High Performance Liquid Chromatography HPLC tengah run aku boleh taip2 lagi.. dalam keadaan sejuk kipas + air-cond *boleh bayangkan tak sejuknya camne? tambah pulak dengar lagu Mohabbatein ~kahkahkahkah... Sambil baca2 blog2 orang lain.. terasa nak bercerita lagi.. Kan aku dah kata aku ni suka bercerita...

Bila duduk berjauhan dengan keluarga ni hati jadi sebak pulak.. Terasa rindu sangat kat mak, Mr. J and si Airil.. Rindu sangat2.. Mr. J jumaat ni baru nampak muka. Mak pulak minggu depan baru boleh jumpa.. Airil tak taulah bila.. Airil ni anak Along.. Kalau aku balik weekend kalau dia tak balik raub kalau abah dia bagi ambik wat main. aku ambik je.. Sebab dia je budak yang ada yang boleh aku uli2.. hahaha... airil.. Mummy nakal kan?

Apa yang aku rindu pada mak?

1- Aku rindu mak aku gelak.. Mak aku ni kalau gelak 10 batu boleh dengar lagi... Tapi aku suka tengok dia happy. kami anak2 dia sedaya upaya nak bahagiakan dia.. Satu tabiat mak aku dia kalau cucu dia ( Airil) ada kat rumah asyik gelak je.. Itulah penghibur dia kalau anak2 semua keje.. Kadang2 kesian kat mak kalau dia sunyi... Terpikir jugak camnelah mak kalau kami semua keje jauh2 dari dia.. Camnelah life mak ek? uh~~ harap2 tak jadi...

2- Satu lagi perangai mak yang aku tak boleh tahan. Dia suka main2kan aku.. Selalu cakap kat aku dengan Fatin yang dia nak kahwin lagi.. Walaupun aku tahu dia taknak pun sebenarnya. Tapi mungkin dia suka tengok kitorang marah2. Kadang2 kalau ada sape2 yang bunyi suruh mak kahwin lagi, aku lah yang bersuara dulu menentang habis-habisan.. Entahlah.. aku rasa lagi suka tengok mak aku sekarang. Lebih bahagia lebih tenang lebih cantik gitu...

3. Mak aku ni yang aku nampak dia ni selalu lebih2kan menantu. Kalau aku dengan Mr. J, mak aku lebih membela Mr. J kalau ada gaduh2 manja gitu.. Contohnya; aku goreng ayam untuk dimakan dengan mee sup.. ayam tu adalah ayam yg digoreng dan diracik2 untuk buat pemanis masa makan mee sup.. Aku dengan senang hati goreng ayam2 tu. Sengaja aku asingkan kulit ayam dan isi. Tujuannya aku nak makan kulit tu. Kulit kan kalau goreng garing2 sedap. Tengah2 syok aku goreng Mr. J datang dengan niat nak menolong si isteri yang penat baru balik mengajar tuisyen. Niat tu dah betul dah.. Tapi dalam dia duk balik2kan ayam tu dia dengan tanpa rasa bersalahnya membedal kulit ayam yang dah digoreng. Sakit ati tak?? Geramnya... Pot pet pot pet aku membebel Mr. J. Mr. J dengan gaya memujuk ikut aku yang konon2 merajuk pegi ruang tamu. Mak aku yang tak tau ape2 pun tanyalah..Aku punyelah beria bercerita dengan harapan dibela mak sendiri. Sekali mak aku marah aku balik. mak cakap aku berkira ngan laki sendiri. Nanti mak goreng balik.. Uwaa... Mak. kite gurau2lah ngan Joe..seriuslah pulak makcik ni... Tuelah mak aku.. Mesti dia akan bela menantu dia.. Lagi satu bab makan2. Mak aku cukup risau kalau nk siapkan makanan. takut2 menantu2nya takleh makan.... Padahal orang tu bedal je apa yang ada.. uhuhu..

4. Mak aku ni kaki novel.. Tanyalah dia novel apa dia akan bagitau jalan ceritanya. Dengan detail lagi.. Kalau dia baca novel siaplah macam2 posisi ada. Terlentang? Meniarap? Mengiring? Kadang-kadang aku geli hati sendiri tengok mak keadaan gitu sekali.. Tapi sejak2 dia asuh cucu dia (Airil) mak jarang baca novel.. Nasib baik sekarang banyak drama2 kat tv ada cerita adaptasi dari novel mcm Triologi Cinta (arahan Rosyam Nor) yang tayang Ahad-Selasa pukul 10 mlm ~~promote plak.. Akibat tu, aku pun minat sekali. Bibi pun terpengaruh sekali tengok. Setiap malam cerita itulah yang kitorang tunggu.. Dan terbaru drama Begitulah Cinta. Aku rasa itupun cerita adaptasi novel. Kalau tak salah lah. Kalau salah betulkan saya.. uhuhu..

5. Yang paling best dengan mak ni. Aku ni satu saiz dengan mak. Kalau aku balik Kuantan aku mesti berlenggang je naik bas. Sebab baju mak muat ngan aku. Lagi2 sekarang mak mengadu baju dia banyak yang tak muat. Ini maksudnya mak sudah GEMUK.. hahaha.. Yang untung sape? Aku jugak. Banyak jugak aku rembat baju kurung mak aku untuk pakai pergi keje... Kalau time nak pergi kenduri lagi best. Aku bukak je almari dia..Pilih je mana yang nak.. Mr. J hanya mampu tersenyum menggeleng kepla. Mak aku mati akal bila aku merayu konon2nya berkenan ngan baju2 tu...

Inilah mak saya yang tudung kuning tu. Tudung hitam tu adik saya..

Mak aku yang sangat supporting. Luv u mak..

 



No comments: