besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, September 20, 2016

Welcome to 3 series!!

Assalamualaikum... Syukur nikmat hari ni. Hari yang dingin.
Semalam, 19 September 2016 Allah telah memanjangkan usia aku lagi menginjak ke 30 tahun. Syukur Alhamdulillah. Dah masuk 3 series. Terasa diri ni dah berusia. Kena matang serba serbi dah. Takleh main-main dah...

Alhamdulillah dah masuk 30 tahun. Semakin menghampiri kematian. Terima kasih pada mak ayah yang melahirkan diri ini. Yang membesarkan dan mendidik diri ini. Alhamdulillah jadi orang. Terima kasih Allah.

So kisahnya sambutan untuk 30 tahun seharusnya datang dari keluarga kecil saya je. Serius tak harapkan apa-apa kecuali kek. hahaha.

Pagi-pagi Daddy cakap gigi dia sakit. Sebelum tu lagi dia sakit kepala sebab sakit gigi. Tak boleh tido lena katanya, Daddy plan nak cuti kenkonon nak pergi klinik. Lepas deliver order. Aku masuk opis macam biasa. Pastu tengahari plan nak balik rumah nak temankan Daddy kot-kot demam lagi. Call Daddy dulu. Daddy ajak ambik Yaya di sekolah. So Yaya takyah daycare semalam. Memang jenis Daddy kalo dia kat rumah dia nak anak dengan dia sentiasa. Dah ambik Yaya dari sekolah. Aku duduk berehat. Sekali Daddy bawak kek dari dapur. Wahhh.. Suwiiit...

Since raya hari tu mencari mango cheese kek leleh. dapat mango mouse cake pun syukur dah. Sedap! 

Alhamdulillah syukur. Tengok budak tu. Lately addicted betul dia dengan kek. Geram betul dia ngan kek Mummy tuh.

Dah kenyang makan kek. ingatkan dah habis surprise. Nak ajak Daddy keluar pun kesian tengok macam tak sihat. Tapi pelik jugak. Masa bila dia keluar ambik kek. Dia cakap dia keluar masa dia cakap nak tido. Pentipu!!

dah jam 2 petang. Aku masuk opis semula. Hati dah berbunga-bunga dapat surprise. So aku expect mesti Daddy tido dengan anak dara dia. aku duk opis macam biasa buat kerja rutin. Balik kerja petang tu bukak pintu Daddy dah sambut sengih-sengih. Nampak Yaya tido atas tilam depan tv. sekali nampak surprise lagi depan mata.



Special beef steak. Marvelous!! Serius aku tak expect langsung dia gigih buat. Siap susun lagi meja tu haa... Nikmat mana lagi aku nak dustakan. Allah bagi sehebat-hebat anugerahNya pada kami. Syukur..

Ramai jugak wish dalam FB, wassap dan IG. Terima kasih sangat-sangat. Terasa sangat dihargai hidup ini. Terasa ada yang menyayangi diri ini... Syukur lagi sekali!

Dah masuk 30 ni. Tak banyak yang mintak. Cukup makan cukup masa cukup duit. Tu pun dah perfect. Memohon kepada Allah agar ditetapkan iman dalam hati untuk menjadi manusia berguna pada agama. Semoga Allah, mak ayah dan suami meredhai diri ini sentiasa. Amiiinnnn.

Ucapan suwiiiit dari Mr Daddy. Sape yang kenal dengan sifat pemalu Mr Daddy terkezut. Ada pulak membe aku cakap aku yang tulis endiri. Ingat aku terdesak ek? Kahkah.... Pleaselah. Dia pun 3 series. Ada masa nak jiwang-jiwang jugak dengan bini dia... Hahaha...


No comments: