Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, September 15, 2016

Jalan-jalan Cameron Highland

Assalamualaikum... Lamanya tak tulis kat blog ni. Rindu sangat. Tapi.. malas. Banyak sangat benda nak story mory. Tak kisah takde yang baca. Tulis untuk kenang-kenangan anak cucu-cucu esok.

Kisahnya, jalan-jalan Cameron Highland ni lepas raya hari tu. Gile lama. Nak coret jugak. Tak kira. Lepas raya Aidilfitri (aidilfitri ye bukan aidiladha) Alhamdulillah order tak putus-putus. Syukur rezeki Allah. Memandangkan cuti raya pun sekejap sangat sebab Mr Daddy sibuk keje opis lagi. Abis je Aidilfitri Mr daddy plan nak bawak jenjalan ke Cameron Highland. Dalam Malaysia dululah. Obersea in sha Allah next year. Amiinnn.

so tarikh 4 Ogos kami bergerak ke Cameron Highland. Gerak dari Bangi jam 10 pagi lepas setel urusan bank dan melawat Baby Ya Hanna. Membe aku baru dapat baby. Ambik berkat. hehehe.. Mr daddy pilih ikut jalan Tapah. Sebelum ni kitorang lalu ikut Sg Koyan. So sampai sana tepat jam 3petang. Terus check in Hotel Chuan Gin. Aku book melalui booking.com. sebab last minute. taknak cerita pasal hotel tu sebab tak best.

Short vacation for this time just for relaxation. Taknak stress-stress. Cuma aku ada jugak google tempat mana nak pergi. Just untuk makan-makan. Melawat takde. Kebetulan ada sorang kawan universiti aku jemput ke rumah dia. Beraya di bulan Zulkaedah katenye. hahaha.

Siap solat semua kitorang keluar dari bilik. mati kutu lagi nak ke mana. Aku ajak Mr Daddy ke Taman Sedia. Tapi daddy lajakkan ke Kea Farm. Sebab aku nak makan kimchan goreng. Rindu sangat!

 Kimchan goreng! Wajib cari.

tutup mulut Yaya. Sebab dah lapo sangat. hahaha.

plan nye nak pekena aiskrim atau scone kat Opah Strawberry Farm. Sekali tutup pulak. Pastu singgah di De'Bamboo boleh dinner teruslah. Perut lapo sangat. Sekali dia cakap pukul 6 petang baru bukak. Perut dah lapo. Masa ada sejam lagi. Mr Daddy ajak ke Cameron Valley. Hari dah sejuk2 sikit. Cewaah...

Cari mana Yaya?? Suke tauu dia posing pelik2 camtu. Geram pulak nengoknye.

 WE!!

Dah puas bergambo dan pekena kopi dan teh kat cafe tu ajak Daddy ke De'Bamboo untuk makan malam. Lapo amat. Kat Bangi tadi sarapan roti Canai je. 

Bergegor plak gambo nye. Padahal dah kekenyangan tu menggigil jugak ke Daddy?
Recommended sangat De'bamboo Steamboat & Grill ni. Kenyang dan puas makan. Sometimes ada jugak yang lambat topup. Dimaafkan. RM25 untuk dewasa. Yaya bawah 6 tahun percuma.

Lepas makan singgah ke rumah kawan UMT aku. Mek Nor. Sebelum bertolak adalah saje aku gurau-gurau manja dengan dia teringin nak makan kek stroberi. Ngengada sangat. Sekali memang dia ada buat untuk weolls. Terharunye... Siap ada brownies and tart cheese lagi. Sukeee..

Tadaaa... Sebiji ni dia suruh aku makan. tak cukup dengan tu siap tapau wat balik hotel lagi. Semoga murah rezeki mek nor... Kek dia memang sedap. Siap promote lagi kat FB. 

Balik hotel. solat. Tido... Zzzz.. takleh lena sangat. tempat baru kot. 

Bangun pagi tu terkejut tengok bantal Yaya berdarah. ada darah keluar dari hidung dia. Aku tak panik sangat. Sebab dia memang takleh kalo sejuk sangat. Kurang air pun tak boleh. Cuak sebab kena bantal tu. gigih cuci. Macam mana nak gie main salji ni Yaya. solat subuh. sambung tido. Golek-golek. Perut lapo. keluarkan segala bekal Mek Nor bagi. Kebetulan memang standby roti dan tuna. Mr daddy bancuhkan kopi yang memang bawak dari rumah. Bukan kedekut tapi malas nak keluar. nasi lemak sambal strawberry tu pun dah merasa tahun lepas. Tak rindu sangat. 

Dah boleh jimat. pastu Daddy gesa suruh mandi dan bersiap nak checkout. mummy nak lepas gian di Big Red Farm Strawberry. Sebelum balik ke Bangi singgah minum-minum je sekejap. kan dah cakap jalan-jalan ni untuk santai-santai je.

 Budak ni paling seronok dapat ke Cameron Highland. Memang takleh move on lagi sampai sekarang. Asik duk tanya bila nak pergi Cameron highland? Mummy duk godek2 jacket untuk obersea pun sibuk tanya nak pergi Cameron Highland ke?? Adoii..


 Suci sangat muke ek??

Order ni je sebab dah terlalu kenyang makan sarapan tadi. Tapi sebab nak jugak singgah sini kan. takkan tak membeli.


Jus strawberry untuk bekal dalam kereta.

Pastu terus balik sebab esoknya ada tempahan untuk Majlis Kesyukuran sahabat aku di Shah Alam. kena cari barang pulak. Sekian untuk cerita Cameron highland kami. bila blik lkan Daddy tanya "perasan tak sejak ada Yaya 3 kali dah kite jejak Cameron Highland. padahal masa belum ada Yaya takut tak mampu jejak cameron Highland". Aah betul jugak. Kami menumpang rezeki Yaya. Syukur!!


No comments: