Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, September 27, 2016

Ngopi di Dal.kom

Assalamualaikum.. Mood dah datang... Teruskan tanpa menoleh. hehehe..

Lately aku dan Mr daddy sangat kegilaan menggunakan apps di phone contohnya Fave apps dan Samsung Galaxy life. memang berbaloi-baloi kot. Ke rugi?? Kot sape2 tau ada konpirasi lain ke yang apps ni nak tipu kita. Hehehe.

Banyak dah offer dalam apps tu weolss grab for example Kenny Rogers Roaster. 3 kali membedal guna apps yang berbeza. Caffe benne pernah sekali. Namoo grey dan Dal.kom cafe.


 Weolls redeem thru Samsung Galaxy apps. Nyonya Cruffin free coffee. Aku dan Mr daddy memang hantu kopi. Sekarang dah cerdik sikit cari tempat ngopi. Nak yang fresh brewed je.. Cewwahhh. Sila muntah hijau. 
 Cruffin tu limited untuk Nyonya version tu je. Budak tu suke sangat lah benda-benda manis ni. Kopi pulak boleh pilih antara 4 je. Aku suke sangat americano sebab Kang Gary suke Americano. Boleh?? Kahkah. Mr Daddy pilih  latte panas.


 actually, weolls baru balik jogging dari Taman Shang ri-la Putrajaya. Tu yang aku ber track suit selamba badak kmasuk ke IOI City mall. 3  beranak belum mandi pun. tak senonoh. pedulik! Unplanned. Dah joging rasa nak makan lite-lite je sambil nak beli barang nak masak-masak untuk lunch.


Acah-acah Korean sangat kan. annoying kat diri sendiri yang gelepor dengan buzzer tu.

Mummy yang memang takleh move on dengan drama Descendent of the Sun. Anak jadi mangsa. Senyum kemewek dia. oh rindu Major Sergeant Seo Daeyoung. Oh iolls tak minat Song jong Ki. Boleh? Kihkih...

No comments: