besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, July 25, 2014

Salam Aidilfitri 1435H

Assalamualaikum... lama aku menyepi. Maaf terlewat aku ucapkan Selamat menjalani Ramadhan. meniti hari-hari terakhir dalam Ramadhan. Semoga dipertemukan dengan Ramadhan lagi. Hari ni last day kerja. Malam ni atau esok pagi gerak balik ke kampung tercinta, Kuantan.

Beraya hari pertama di rumah sebelah Mr daddy. Then, malam balik ke rumah mak saya. Esoknya in sha Allah ke Terengganu. Sekejap je masa berlalu. tak puas menikmati Ramadhan,. Syawal, bulan kegembiraan datang menjengah.  Alhamdulillah. Syukur dipanjangkan umur. Dimurahkan rezeki diberi kesihatan yang baik, keluarga yang sihat. Alhamdulillah.



Sebat anak dara obses dengan Upin Ipin ni. Aku letak tema nih. hehehe..

Selamat Hari Raya dari saya Ijam@Ayu, Mr daddy (Joe) dan Aalya. Dengan rendah diri mohon ampun dan maaf andai ada tersalah kata, terlebih gurauan, terkasar kata dan semua ter... Sesungguhnya yang baik dari Allah dan yang buruk dari kami sendiri.

Kepada yang memandu dan untuk Mr Daddy jugak. Hati-hati jalan raya. Ingat orang tersayang. Semoga kita semua dirahmati Allah dalam bersuka ria menyambut Aidilfitri.

No comments: