besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, October 27, 2016

Kang Gary tinggalkan Running man

Assalamualaikum....


Okeh. Tak tau nak luah mana. nak luah kat sini jugak. seriously sangat sedih. Emosi sangat. Cewaahh. taknak share dalam FB. nanti kena kecam. Kehkeh. Sebenarnya lebih menghormati musibah yang melanda Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Semoga Allah melindungi kita semua. Amiiinnn...

Rasanya semua peminat variety show Running Man pun dah informed dengan berita Kang Gary nak keluar. Seriously aku rasa sedih sangat. tapi dari awal tahun lagi perasan Kang Gary dah tak berapa nak bersungguh sangat. Aku sedih sebab faktor kuat aku tengok Running Man adalah sebab Kang Gary. Second sebab monday couple. Serious aku tak suka kalo Kang Gary pair ngan orang boleh? Nak dengan Ji hyo je. Boleh??

Tak pernah aku share pasal minat aku pada Kang Gary kan. Banyak kali aku ulang kat Mr daddy aku sedih. Wakakaka. Mr daddy tak layan je. Dia cakap Kang Joery ada ni. Hahaha. Buat lawak betul laki aku nih.IG korean artist pun aku follow Kang Gary je.

Aku tak suka betul bila members lain cakap Gary tak hensem. Muka dia sweet lah. Gentleman lagi. Ohoho. Kalo dah suka kan. Apakan daya. Aku merayu kat dia pun bukan dia paham bahasa melayu. Tak taulah camne nanti aku tengok Running Man tanpa Kang Gary. =(

Kang Gary nak stop dari Running Man pun sebab minat mendalam dia pada music dia. Dia adalah rappers terbaik bagi aku. Aku suka pasang mp3 lagu dari Leessang dan Gary solo. Gary sangat komited pada producing lagu. Oh aku mesti rindu pada Gary yang sweet dan shy shy cat dia pada guest pompuan.

Apa-apa pun Thank you Gary oppa for six years hiburkan kami. We support you and your music. Selagi lagu oppa bukan lagu memuja2. By the way aku suka lagu Gary sangat. Walaupun ada lagu dia lirik 18sx. Wakaka.

Aku harap salah satu sebab dia keluar dari Running Man adalah hubungan dia dengan Song Ji Hyo. Mungki dalam Running Man perjanjiannya tak boleh bercinta sesama ahli. So, Gary mengalah bila keluar dari Running Man dia boleh teruskan hubungan dengan Ji Hyo. Mana nak tau sampai kahwin ke. Gary pun almost 40 years. Kat Malaysia ni umur tu tua sangat dah. Kikiki. pandai-pandai buat spekulasi. Sesaje nak sedapkan hati ni. Jangan pergi viral pulok ye.

Fighting Kang Gary oppa!! Harap sangat pergi Korea nanti dapat jumpa Kang Gary. Mr daddy cakap selfie dengan Joery sudah. Halal dan yakin. Kahkah...

2 comments:

.: yUhAiSya :. said...

Sama la kita... minat running man, tapi segan nak luah kat fb,hihi. tp tahap sy ni kat blog pn segan nak sembang. dan skrg lagi laaa sedih running man nak bubar... rasa nak pergi sana protes dpn sbs T_T
mix feeling jg dgn situasi skrg dgn aleppo...
sama2 kita doakan yang terbaik utk semua org...

joeayu said...

Nasib baik tak jadi bubar... tapi tetap rse tak best tanpa gary.