Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, June 18, 2012

Pengalaman bersalin.... (pt 1)

Assaalamuaalikum... Lama sungguh tak update blog. Tak tau lah kenapa. Hati ni resah sangat sebelum Yaya kuar. Due date aku sepatutnya 25 Mei. Tapi 25 Mei aku tak bersalin lagi. Nurse kat Klinik Desa Tanjung Lumpur dah pesan sekiranya aku tak bersalin lagi pada tarikh tu aku kena datang appointment tiap-tiap hari selama 3 hari untuk cek jantung baby. Pada 25 Mei aku follow checkup, nurse kata macam ada prob, jantung baby macam tak stabil. aku dah cuak. Datang nurse yang agak senior sikit cek skali lagi. dia kata ok. Tapi hati aku tak sedap sangat. Dah balik rumah bincang dengan mak n Mr J. Terus decide nak pergi hospital selepas sembahyang jumaat.

Petang tu lepas sembahyang jumaat terus pergi ke Wad Bersallin Risiko Rendah. Cek CTG doktor cakap baby ok. takde prob. dia tanya reason nape datang hospital. Aku pun cakap sebab baby kurang gerak. Doktor decide nak cek jalan. Tapi jalan tak bukak lagi. Dahlah doktor hensem. malu gile. Lepas tu doktor kata "Puan kena admit lah ye, sebab puan dikira overdue llah, kalo tak sakit malam ni esok pagi masuk ubat lah. Kita akan masuk kan 6 jam sekali sebanyak 3 kali. Kalo tak bersalin jugak barulah kita operate". aku angguk je. Tapi dalam hati mengenangkan nak kena check in hospital. Oh tidak....... Nak kena berpisah dengan Mr J lagi.. Paling terharu Mr J sanggup tak balik rumah. Sanggup tido dalam kereta kat parking dalam kawasan hospital. 4 malam selama aku warded dia cuma balik hantar mak dengan Fatin je. balik mandi sekali sekala. Dia tetap setia menunggu walaupun bukan masa melawat. Thanx Mr J. Luv u so much...

2 comments:

PutriesNoora said...

sweet nya Mr.J....=)

joeayu said...

hehehe. sume hubby pun sweet kan. anything utk isterinya. kan..