besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, May 21, 2012

Belum masanya.....

Assalamualaikum... Dah lama sangat rasanya biarkan blog ni bersawang. Maaflah kawan-kawan. Mood agak kurang. Tak tau kenapa... Tapi aku cuba jugak untuk update status sendiri yang ta berapa nak best ni. Maaflah andai ada komen-komen yang tak terjawab lagi. Cewwah. Macam artis pulak rasa....

Sekarang preganncy 39weeks 4 days. Aku sudah berada di kampung sejak 7 Mei. Permintaan mak yang sangat risaukan keadaan aku yang tiada pengalaman untuk menyambut kelahiran. Mr J pun setuju. Aku korbankan cuti tahunan aku. tak kisahlah apa orang nak kata. Apa yang aku harapkan semuanya berjalan lancar tanpa aku susahkan orang lain. Mak cakap susahkan mak takpe jangan susahkan orang lain. 

Di saat 39 mnggu ini aku dah merasa 4 kali false alarm. Baby mengeras dalam masa 2 hingga 3 jam secara kerap. Cuba bertahan tunggu hari siang. Tapi lama kelamaan sakit hilang. So, kiranya tu bukan tanda nak bersalin kan.

Mr J pun dah balik Bangi semula setelah mengorbankan cuti tahunan dia. Alasan taknak miss moment aku start rasa sakit. Tapi kecewa jugak sebab baby taknak kuar jugak. Apakan daya. sekarang ni Mr J sentiasa dalam mode standby. Cakap je sakit. Terus bertolak balik.

Kawan-kawan. Doakan semuanya selmat ye. Maafkan saya andai ada tersilap kata dan bahasa.....

3 comments:

nasha said...

risau aku ko jauh dari mata aku,ecececehhh...eh,tapi kalau dah kat umah,senang skit ada orang nak tengok2 kan ko...nanti kalau dah bersalin g tau aku or kak eli tau,xsabar nak tunggu baby kluar...hehehe..;p

mahujadiibu said...

wah xlama dah nak meletup tu..tc yer

PutriesNoora said...

amin..=)