besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, March 8, 2012

Alhamdulillah dengan kurniaan Allah....

Assalamualaikum semua... Lamanya tak update blog ye. Dah bersawang sgt gamaknye blog ni. Tuan rumah tak larat nak bersihkan blog ni. cuma mampu wat yang simple2 je.. hehehehe...

Hari ni 8 Mac 2012, Alhamdulillah syukur kepada Allah. genaplah usia perkahwinan kami yang ke 3. Dah macam-macam dugaan kami lalui dari hari pertama bergelar suami isteri, dan hari ni Allah bagi kami peluang untuk hidup bersama. Normal macam suami isteri yang lain. Cukuplah dugaan Allah selama 2 tahun 6 bulan tu hidup berjauhan. hehehe.....

3 tahun dah ek? macam sekejap je rasa. mungkin sebab banyak berjauhan buatkan aku rasa macam diri ni bujang. hahaha.... sangat tak sedar diri kan. nak buat ucapan jiwang sikitlah untuk Mr J sempena anniversary ni. Boleh?

"Abang, Andai abang ada baca coretan ni. sayang nak ucapkan SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN  kita yang ke-3. Terima kasih kerana sudi menerima segala keburukan dan kekurangan diri ini. Penantian sayang selama ni Allah anugerahkan kasih sayang dan cinta yang tak terhingga dari abang. Terima kasih abang. Terima kasih jugak kepada semua yang merestui hubungan kita dan mendoakan kebahagiaan kita sentiasa. Amin~~"

Amcam jiwang tak? hehehe. sekali ni je. sempena anniversary kan. kihkih.. maaflah pada yang nyampah dengan ucapan tu. sila pejamkan mata ye. hehehe..

Alhamdulillah seklai lagi, rezeki Allah yang sangat tak terhingga. Hari ni jugak genap usia kandungan aku 29 mnggu. means 7 bulan ++.. segalanya OK. Alhamdulillah. takde masalah dr segi kesihatan aku dan si tecit ni. Terima kasih kerana mendoakan yang baik untuk kami. Sekarang persiapan tak banyak sangat. Buat sekadar yang termampu. Perasaan tu nervous. ok. Cukup setakat itu mampu aku ceritakan. harap kawan-kawan semua tak lupakan saya. 

 

No comments: