Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, October 1, 2013

Aku dan Encik Polis trafik

Pagi tadi macam biasa aku hantar Yaya pergi rumah Mama Nor nya. Ondeway tu memang selalu ada road block tau. Sekarang ni aku agak cuak sikit sebab lesen aku belum renew since besday hari tu. Masalah utama aku tak sempat. Bila ada kesempatan aku pergi JPJ penuh sangat. Lunch hour sejam. Pastu pergi pejabat pos tunggu punye tunggu sekali OFFLINE! Adess.. Memang menguji kesabaran.

Jadinya aku belum renew lagi. Nak jadi kebetulan hari ni. Ada road block lagi! Hari ni aku bawak Cik Is Mr daddy. My Kan masuk bengkel. Tak sihat sikit. Asma kot. Hahaha.

Nasib baik road tax hidup. Aku pakai seat belt. Yaya pun pakai seat belt. Sekali. Encik polis tengok semacam kat kereta aku dari jauh. Dia tahan wei.. Aku dah cuak. Alamak. Kete Daddy ni over modified ke. Tinted gelap ke. No plat tak lepas spec ke. Sebelum ni ok je.



Dia suruh ke tepi. Sambil tangan tunjuk kat bawah kete. Argghh. Plat ke?? Kebetulan pulak ada 2 orang lagi encik polis kat depan tu. Dia tengok aku tengok kereta. Aisshhh.. Bikin stress.

Aku pun keluar dari kereta. Encik polis pun tunjuk kat bawah kereta. Ada berjuntai apa ntah. Aku pun tengok. Rupa-rupanya, lampu bawah Cik Is dah roboh. Adess. PAtut dari tadi ketang ketung ketang ketung. Ingatkan aku seret batu ke apa. Encik polis tu cakap. "Awak sangkut je". Sambil gelak-gelak. Aku pun sangkut je. Hahahaha. Mengikut arahan betul

Padahal dalam hati ni cuak gila. Jangan dia mintak lesen sudah. Aku pun say thanx. Cabut dengan keadaan cool. Pastu gelak sorang-sorang. Budak kecik sebelah aku buat muka pelik.

Terima kasih encik polis concern abaout me. Cewwahh. Nanti saya renew lesen. Saya janji!!

No comments: