Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, June 20, 2012

Pengalaman bersalin... (pt 2)

Cewwah.. siap ada part 1 part 2 lagi. ko hengat ko sape? artis ke? uhuhu.. idoklah... biasalah dalam keadaan berpantang ni. macam nak kena wat nak kena jaga. Nak duduk lama pun takut..... ok kite sambung cite pasal pengalaman melahirkan Yaya....

25 Mei ~~ kena admit dalam wad.

26 Mei ~~ awal2 pagi dah kena masuk bilik rawatan. doktor cek bukaan jalan. doktor kata dah 3cm. so, decide takyah masuk ubat. cuma masuk ubat umtuk berak. doktor kata aku tahan berak. padahal aku tahan kentut.. uhuhu doktor kata cuma tunggu ada contraction atau turun air. ada doktor pakar datang tengok rekod. argue pasal expected berat si tecit yg 3.2kg. doktor pakar tu kata dia takleh terima. dia expect besar lagi. mintak aku pergi bilik reawatan semula. she expect si tecit ni 3.6kg. OMG!

27 mei ~~ doktor tanya samada aku rasa sakit atau tak? aku jawab tak. doktor kata nama aku dah masuk waiting list untuk labour room samada pada hari ini atau esok. aku menunggu sepanjang hari tiada dipanggil.. redha jelah. si kecil belum nak keluar.

28 Mei ~~ masih belum ada panggil. aku diberitahu yang labour room penuh. ramai sangat yang bersalin. Ada doktor datang tengok rekod lagi. tanya aku memang nak cuba untuk bersalin normal ke. sebab berat baby macam tak sesuai dengan tinggi. dia kata takpelah. cuba dulu. aku pun malas nak pikir banyak. yang penting semuanya selamat.

29 Mei ~~ aku dipanggil bersama sorang lagi akak yang sama macam aku jugak... kitorang siap jalan kaki, senyum tanpa wheel chair lagi. dalam hati ni seronok nak keluarkan si tecit ni kan. jam 10 pagi masuk labour room. aku dimasukkan ubat by drip. dari sikit kuantiti nurse naikkan jadi tinggi. contraction pun makin kuat. doktor pecahkan ketuban. aku cuba bertahan. jam 5 petang bukaan masih 5cm. aku dah mula rasa sakit yang amat. epidural pun tak ambik. bila dah jam 7 malam. aku tak tahan sakit. ada nurse praktikal cek jalan. "puan, dah 8cm nak masuk 9cm" aku dengan Mr J dah mula rasa lega. cuba bertahan sakit. tapi nurse yang senior tu mula mempertikaikan. macam-macam dipersoalkan. dia cek sekali lagi. bising2. cakap baru 5cm. bayangkan apa perasaan masa tu...

dah masuk jam 8 malam. aku dah tak tahan. rasa macam diperbodohkan, dengan perut lapar. tekak yang kering. merayu-rayu aku mintak air dengan Mr J. Mr J hanya mampu lap bibir dengan tisu basah je. tapi aku sedut jugak air tisu tu. mata Mr J berkaca je aku tengok. aku bersyukur sangat Mr J ada sepanjang dalam labour room Mr J sangat bersabar. banyak pujuk aku.(~~ touching jap~~).

jam 9 malam doktor masuk. "Puan, puan ada masalah serviks tak buka. jadi decide operate lah ye. Kepala anak puan dah membengkak. kita akan buat surat untuk puan ye" Redha jelah. yang penting anak ni selamat. jam 9.45 malam aku dimasukkan dalam dewan bedah. Sebelum tu doktor dah terangkan apa effect kalo aku bersalin czer. aku dah tak mampu dengar lagi. aku cuma nak anak aku selamat. Mr J berat hati tinggalkan aku. kesian dia. 12 jam aku dalam labour room, 12 jam jugak dia tak makan dan minum. cuma sesekali tinggalkan aku untuk solat. Mak cakap Mr J cuma makan bila aku dah masuk dewan bedah. (~~touching lagi~~).

aku dibius separuh badan je. sebab aku takde masalah penyakit yang serius. aku masih mampu dengar, rasa tekanan di perut. masa nak keluarkan si tecit, pakar bius tu bagitau aku. "puan, kita nak keluarkan bayi puan ye...." aku angguk je. sebab dah takde tenaga sangat. tak lama aku dengar suara si tecit menangis. aku cakap kat doktor. "nak tengok anak saya.." pakar bius tu jawab. "sabar ye puan. kita bersihkan anak puan dulu" tak lama selepas tu, pembantu doktor tanya aku " puan scan boy or girl?" aku pun jawab "girl. anak saya camne?" datang seorang lagi pembantu "puan, ni anak puan ye. baby girl. lahir pada jam 10.10 mlm. berat 3.130 kg" puan tengok muka dia" aku? tak tau nak wat reaksi camne. nak menangis ke nak gembira sangat ke. sebab terlalu letih. aku cuma bersyukur semuanya selamat.

Permata hati kami. 
(fresh dari oven)



sekarang dia dah membesar....

Terima kasih Allah.
Mummy n Daddy akan sayang kamu sepenuh hati kami...

1 comment:

joeayu said...

terima kasih dear..